Tuesday, March 3, 2009

Karnival Komuniti Zon 20

Selamat pagi semua,

Ingin saya maklumkan di sini, bahawa JKP zon 20 sedang merancang untuk mengadakan satu karnival yang di namakan Karnival Komuniti Zon 20, pada 18hb & 19hb April ini. Karnival ini bertujuan untuk:
  1. Memperkenalkan ahli JKP Zon 20 kepada masyarakat.
  2. Mengadakan satu suasana dan aktiviti supaya semua gulungan masyarakat dan semua kaum boleh berinteraksi dan beramah mesra.
  3. Memperkenalkan kempen-kempen MPSJ, Kempen derma darah dsnya.
  4. Meningkatkan kefahaman perjuangan Palestin kepada masyarakat.
Saya akan memaklumkan perancangan Karnival Komuniti Zon 20 dari semasa ke semasa. Komen-komen dan pendapat anda, amat di alu-alukan.

Terima kasih.

No comments: