Thursday, February 19, 2009

Penerangan Denggi dan Nyamuk Aedes

Salam,

Malam tadi, rabu 18hb March 2009, satu sessi penerangan telah di adakan di Balai JKP di Tmn Kembangsari. Sessi itu telah di kelolakan oleh Dr. Abdul Rahim, Pengarah kesihatan MPSJ.

Antara perkara yang di sebutkan oleh Dr. Abdul Rahim, Nyamuk Aedes, vektor yang menjadi penyebab demam Denggi, bergerak aktif hanya pada waktu pagi sebelum pukul 8 pagi dan salepas matahari tenggelam, iaitu waktu maghrib. Oleh itu, kalau ada syarikat2 yang mempromosi fogging pada waktu tengah hari, di waktu matahari menegak, syarikat itu hanya akan melakukan kerja yang sia2 sahaja. Yang pastinya, duit anda melayang.....

Kemudian, Dr. Abdul Rahim sebut berkenaan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tempat membiak adalah di dalam air yang tidak mengalir, tempatnya terlindung dari cahaya matahari dan airnya jernih ( tak semestinya air bersih). Satu lagi faktor yang penting di sebutkan malam tadi ialah kitaran hidup nyamuk Aedes ialah 7 hari. Jadi, cara yang paling ekonomikal dan effektif untuk membenteras nyamuk Aedes dan seterusnya mengawal penyebaran demam Denggi ialah dengan mengadakan konsep mengemas sekeliling rumah dari tempat pembiakan nyamuk seminggu sekali pun cukup. Marilah kita sama2 berusaha untuk meluangkan masa 10 minit seminggu, misalnya tiap sabtu, untuk membersihkan sekitar rumah dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. InsyaAllah, dengan usaha kita yang sedikit itu tiap minggu, kita dapat membantu mengadakan persekitaran di zon 20 ini, bersih dari nyamuk Aedes, pembawa penyakit Demam Denggi.

Ribut di Serdang Jaya

Salam,

Petang selasa lepas, beberapa rumah di Serdang Jaya telah rosak apabila atap rumah di terbangkan oleh ribut. Wakil2 dari MPSJ dan juga ahli majlis telah turun untuk melihat kerosakkan yang telah berlaku.

Pada keesokkan hari nya, atap2 asbestos telah di hantar dan telah siap di pasang semula petang itu juga. Hari ini, hari khamis, lori MPSJ akan di hantar ke kawasan sana untuk mengutip sampah atap asbestos lama yang telah rosak dan kelengkapan rumah yang telah rosak di landa hujan pada petang selasa itu.

Friday, February 13, 2009

Hello again

Hello Hello Hello....

Well...at last, I manage to tear myself away and start banging on my notebook again. What a relief. Many meetings have passed by, many decisions have been made....just don't know where to start.
OK...lets see....shall we announce the soon to be event ...that is this coming sunday? That is on the 15th February.
There will be a gotong royong at fasa 3 & fasa 4, on sunday 15th February 2009. The event will start at 8 am...so I hope all of you out there, especially those of you staying around the area....be an early bird and get hold of your cangkul and penyapu and meet us at the Surau at fasa 3.
OK...see u there....