Thursday, February 19, 2009

Penerangan Denggi dan Nyamuk Aedes

Salam,

Malam tadi, rabu 18hb March 2009, satu sessi penerangan telah di adakan di Balai JKP di Tmn Kembangsari. Sessi itu telah di kelolakan oleh Dr. Abdul Rahim, Pengarah kesihatan MPSJ.

Antara perkara yang di sebutkan oleh Dr. Abdul Rahim, Nyamuk Aedes, vektor yang menjadi penyebab demam Denggi, bergerak aktif hanya pada waktu pagi sebelum pukul 8 pagi dan salepas matahari tenggelam, iaitu waktu maghrib. Oleh itu, kalau ada syarikat2 yang mempromosi fogging pada waktu tengah hari, di waktu matahari menegak, syarikat itu hanya akan melakukan kerja yang sia2 sahaja. Yang pastinya, duit anda melayang.....

Kemudian, Dr. Abdul Rahim sebut berkenaan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tempat membiak adalah di dalam air yang tidak mengalir, tempatnya terlindung dari cahaya matahari dan airnya jernih ( tak semestinya air bersih). Satu lagi faktor yang penting di sebutkan malam tadi ialah kitaran hidup nyamuk Aedes ialah 7 hari. Jadi, cara yang paling ekonomikal dan effektif untuk membenteras nyamuk Aedes dan seterusnya mengawal penyebaran demam Denggi ialah dengan mengadakan konsep mengemas sekeliling rumah dari tempat pembiakan nyamuk seminggu sekali pun cukup. Marilah kita sama2 berusaha untuk meluangkan masa 10 minit seminggu, misalnya tiap sabtu, untuk membersihkan sekitar rumah dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. InsyaAllah, dengan usaha kita yang sedikit itu tiap minggu, kita dapat membantu mengadakan persekitaran di zon 20 ini, bersih dari nyamuk Aedes, pembawa penyakit Demam Denggi.

No comments: